"Kertas renyuk, aku cuma kutip"

KEDUDUKAN

Kau berdiri dimana? betul kau sedang berdiri? atau kau mungkin..

** Dulu kau keliru,
 Kau terus cekalkan hati dan kata kau mampu walau sebenarnya kau Tak.
 Kau berlagak macam malaikat sedangkan orang berebut pijak kebaikan kau.

Bukan sekali, 
Ianya berkali-kali.
Kau yakin kau tabah kau sapu ludah caci maki, kau tebalkan muka terima salah mereka,
Kau benar-benar Baik.

Bila berakhir semua perkara,
Mereka menuntut dari kau. Tuntut Maaf.
Kau senyum, kau pura-pura bahagia sedangkan kau terasa setiap tikaman yang tak pernah hilang rasanya.  
Kau sambut juga tangan mereka. 
Bukan itu saja, kau teruskan lagi,
Bagaikan tiada apa yang berlaku.

Setiap detik setiap saat mereka menikmati kehidupan.
Mereka bijak dalam mencari kebahagiaan walau dengan apa cara pun,
Salah satu itu pernah juga mereka cuba pada kau,
Ya! mereka berjaya.

Tapi, kau yakin?
Apa perasaan kau sebetulnya?
Bukan biasa-biasa, tapi yang paling dalam yang mana orang lain takda peluang nak tahu.
Hanya kau yang tahu, bila mana kau mahu.

** Senyum gelak mereka kau perhatikan,
Kau rasa sesuatu, bekas tikaman itu, ya berdenyut lagi,
Sikit demi sikit ianya berkurang bila kau memujuk,
Kau sangat Baik.

Kau maju kedepan, kau tekad tak menoleh,
Kau cabar ego untuk buktikan pada mereka kau mampu,
Sebagaimana mereka mudah lupakan perkara terburuk bagi kau yang datangnya dari mereka.

** Dan hari itu tiba,
Kau bagaikan terbang menggapai langit,
Kau rasa udara yang lama menghilang dari sekeliling.
Air jernih jatuh tanda tak percaya yang kini kau berada dipuncak setelah lama kau dipijak di bawah.

Tak pernah kau rasa menyesal bila dia ada,
Sampai satu masa kau sedar Sesuatu.
Sesuatu yang tak patut ada,
Kau rasa perkara itu makin menghimpit hingga rasa hilang bahagia,
Kau terus dihantui...
Kau hanya fikir, "salah langkah atau tak yakin?"

Hingga akhirnya kau akur dengan pengaruh ingatan lama,
Kau abaikan, kau biarkan, kau kata kau perlukan masa..

** Masa itu tiba? perlu ke? kau terdesak.
Kau hanya fikirkan diri kerana kau takut kau ditarik dihumban di situasi lama, Di bawah.
Sebab kau sedang berada diatas, Bertahan.

Yakin kau sebut, maka dia pergi sebaik kau lemparkan kata, 
Kau masih keliru namun kau tetap yakin dia kembali.

Sekarang, kau senyum tapi tak lama.
Sinis, kau tak sangka akan jadi seperti ini akhirnya,
Kau rasa hilang tapi tetap mara.

Cari. Kembali cari arah kau sendiri. Jumpa! tapi tak seperti kau harapkan,
Kau rasa dunia sedang mengelilingi kau,
Kau rasa kau dalam 'dia' dulu,
Rasa ada luka baru.

Diabaikan, dibiarkan. 
Kau pula berdamping dengan rasa ini,
Kau senyum, kau berhenti bermimpi. 
Kau masih disini. Dibawah.

Bukan tak berubah, cuma ia bergolek lagi,
Sekarang kau disini mendongak melihat kekuatan dia mencari hidupnya,
Sebab kau terlupa seketika, dunia ini berputar,
Bulat, cuma ada titik atas dan bawah,
Kau perlu tahu kaki itu berpijak dimana..

Dibumi atau diawangan..
Tak apa, Asalkan kau berpijak dibumi nyata,
Bertahan dan hargai apa ada,
Sebab kau masih ada peluang, teguhlah berdiri dan maralah lagi..


#Bukan minta kau faham, bukan paksa kau selam.. kalau kau berjaya rasa, itulah Kau..