TAKZIAH AWAK :')

Assalamualaikum . .

Memang aku akui, lama dah tak update blog nie. Tapi hari nie tergerak hati nak buat entry baru. For those yang tertanya-tanya tentang adik aku yakni MOHAMMAD FIRDAUS, Alhamdulillah. Dengan izin Allah dia dah kembali pulih. Walaupun tak sepenuhnya, tapi dia dah mampu ketawa, gembira dan MAKAN dengan berseleranya :D ALHAMDULILLAH. Berkat doa kawan-kawan juga. TERIMAKASIH sangat :)

Okay, sebetulnya entry aku kali nie tentang ayah bekas kawan aku :') kenapa BEKAS KAWAN (BK) ? haha. Sebab dia tak sudi nak kawan dengan kita leeeee. hehe. Tapi aku nak dia tahu, yang aku tak pernah nak buat musuh dengan dia :') seriusssssss !

Kisahnya, hari nie aku dapat tahu ayahnya telah kembali ke rahmatullah :') Aku dapat tahu pun bila mummy call aku. Aku terkedu sebenarnya sebab, aku ada rasa sedihhhhh. Tapi hati nie cepat-cepat sedekahkan Al-Fatihah. Arwah telah selamat dikebumikan petang tadi. Alangkah bertuahnya seseorang umat itu meninggal pada bulan Ramadhan. Moga-moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
 INSYA-ALLAH.

Korang mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa atau apa motif aku buat kisah nie as entry aku kali nie kan ? Hmm, sebenarnya. Aku tak berpeluang cakap dekat BK aku "takziah dan tabahlah" :') aku tak mampuuuuuu. Mungkin dekat sini jelahh aku boleh cakap, moga keluarganya tabah menghadapi pemergian orang tersayang. 

Sedarlah kita, bahawa bertapa berharganya kedua ibu bapa kita. Aku bersyukur kepada Allah kerana masih berikan pinjaman ini untuk berbakti kepada mereka. Marilah kita sama-sama mendoakan ayah kawan saya ini dicucuri rahmat dan tenang disana. Al-Fatihah.

#INGATLAH KITA TENTANG KEMATIAN SENTIASA, KERANA ORANG YANG SENTIASA MENGINGATI MATI ADALAH ORANG YANG BERILMU TINGGI.

No comments:

Post a Comment