LEBARAN TERINDAH :)

Assalamualaikum ohh Assalamualaikum :)

Setelah sekian sebulan kita sebagai umat Islam seluruh dunia mengharungi dan menikmati bulan RAMADHAN, akhirnya tiba juga SYAWAL yang sangat-sangat dinantikan. Semua kelengkapan disediakan dari A sampailah Z :) Baju-baju raya 5 6 pasang pun siap ditempah sebulan sebelum raya, kuih-muih pun diborong setengah troli dekat mydin, warta, giant, dan sebagainya :) langsir-langsir, alas meja, kain lap kaki juga turut diperbaharui :) Begitu meriah hari raya ni kan akak-akak abang-abang adik-adik makcik-makcik pakcik-pakcik atuk nenek opah buyung dan sebagainya ? :')

So, dikesempatan yang ada ni, NURUL FARAHANIM nak ucapkan "Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin" kepada seluruh umat Islam dan sahabat-sahabat handai ;) Segala kesalahan dan salah laku, salah cara, salah kata, salah sana, salah sini, salah situ harap diampunkan. Anem harap halalkanlah segala apa yang pernah kita kongsi bersama iaitu kasih sayang, cinta cintun, nasi lemak dekat kantin, air sirap 20 sen dan sebagainya :') harapnya dihalalkan lah yee. hehehe. Kira sama-sama kita lupuskan dosa-dosa yang kita pernah buat bersama, maksudnya KOSONG-KOSONG lah ehh :)

Hmm, anem nak share sikit lah ehh, anem tau korang mesti gempak punya raya kali nie, siap dapat duit raya sampai tak terkira kan ? sampai boncet dah wallet masing-masing kan ? macam mulut buaya dah wallet tu. kaya lah ek korang :) hehehe, ada jugak yang beraya sakan sampai cair makeup segala, yelaa dari pagi sampai malam beraya, ye tak ? hehe. Anem tahun nie raya dekat Bentong, Pahang. Parents kerja so takdalah nak balik kampung. Then, tahun nie raya macam gemble gila (betul ke aku eja -.-). Dengan baju raya takda, kuih pun sikit, duit raya pun TAKDA :') hahaha, aku dah rasa diri nie dah besar sangat dah. Kalau jadi budak-budak balik kan best. Setiap hari raya, aku Kaya :) tapi mana mungkin kan ?

So, tahun nie aku tak beraya pun dengan adik-beradik and dengan mummy abah (means salam-salaman and berlaga-laga pipi). Mana taknya, Mummy abah kerja, tak sempat nak mintak maaf salam-salaman macam semua orang buat tu :') takda pun macam tu wehh. hahaha, mummy pun muka selamber je. Tapi anem tau mummy abah dah maafkan kitaorang. INSYAALLAH :) Adik-beradik pulak ramai lelaki. Hahh ! hari raya je bangun pukul berapa, so time bila pulak nak bersalam-salaman bagai :) memang rock korok betul lahh raya tahun nie. hahahahah :D

Btw, anem tengok korang syok beraya :') anem pun syok jugak, sbb even duit raya takda kawan-kawan takda yang penting family ada. Tu lah yang paling bahagia :') beraya dengan adik-beradik dekat rumah. hehehe. Hmm, anem bosan sangat nie, tu yang update pasal raya. Tak best kan ? takpelahh. Sekadar bercerita je nie. So, Korang beraya elok-elok lah ye, enjoy tu enjoy jugak, beringatlah sikit pada yang tak berapa 'enjoy' di setiap hari raya nie okayy ? biarlah kita beraya dengan bersederhana :') insyaAllah.

So, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN YAA SEMUAA <3 MUCH LOVEE :)

No comments:

Post a Comment