CUMA RASA

Teringat Jauh--
Bila diselami jatuh sayu hati. Sebak itu tiba-tiba hadir,
Entah dari mana? Sebab apa? Apa puncanya? Aku tak tahu.
Adakalanya, bila waktu seorang aku Terfikir, Terkenang
Kesilapan Masa Lalu ..

Tapi tiada satu pun madu, semuanya Hempedu--
Persoalan banyak menikam benak fikiran
Sampai aku buntu. Kenapa? Salah Siapa?
Apa puncanya? Semua.
Disebalik tujahan soalan, ada satu perasaan.
Aku terasa sesuatu .. Penyesalan ..

Sesal untuk apa? Untuk semua Silap--
Kalau aku tiada akal positif aku salahkan kesemuanya
aku kesal bagi ruang pada yang tak sepatutnya
Yang terjerat bukan mereka, tapi Aku ..

Sedikit demi sedikit aku Melupakan--
Segala kesumat aku buangkan
Tapi, ada satu lagi rasa itu muncul
Muncul bila aku sendiri.
Aku terasa .. Sepi ..

Hampa telah mematikan semua rasa--
Ibaratnya aku tidak mahu kecundang dalam medan yang salah
Bukan untuk Kedua Ketiga dan seterusnya
Masa lalu menghimpit hidup, Mencengkam hati hingga tinggal satu kesan.
Sangat dalam, Hingga rasa Tiada lagi penawar.
Itulah rasanya Hampa ..

Yakin aku pada satu perkara--
Kesakitan yang teramat mampu membentuk satu Kekuatan
Yang tiada Tandingan
Itulah rasanya, Tapi tetap tidak lari dari satu rasa .. Sedih ..

Satu masa aku rasa kecundang--
Terasa kalah namun cuba bina satu Harapan
Harapan untuk terima tangan yang sudi kesatkan
Tika aku Tiada Daya ..

Aku mencari dan terus mencari--
Dimana Penghujungnya
Dimana titik Akhirnya
Dimana rasa yang tak pernah aku rasa
Aku rasa ...............


#Jika Mengerti kau tergolong dalam imaginasi ini, Jika tidak anggap ianya tulisan tiada erti
#Cuma rasa bila terasa

No comments:

Post a Comment