Peluang untuk Seminggu :)

Assalamualaikum. Happy Saturday.

Seriously miss to create a new post here. Lama tak post rasa macam tak patut ada pun takpe blog ni. HAHA. Tapi takpe la, at least ada tempat aku nak cerita sendiri sesuatu yang maybe memorable :)
Diploma dah habis, now tunggu nak masuk Degree pula. Lama cuti almost 5 month. Tapi yang best aku tak kerja pun. Bertuah badan ni :) Straight forward laa ok. Waktu cuti ni aku ada pergi "Bercuti".

Tak pernah aku terfikir nak pergi sini. Tapi dengan izin Allah aku sampai juga dekat Thailand. Mungkin semua sinis bila aku kata aku pergi Thai je, tapi banyak yang aku dapat bila dekat sana. Asalnya aku pergi sebab teman akak ipar aku, dan mak dia balik kampung nak tunjuk Danial dekat semua keluarga sana. Danial ni anak Kaklong :) Namanya Muhammad Danial Adha.

Ok. Bila dapat izin pergi sana, aku seriously pergi Sempoi gila. Terus terang aku cakap duit cuma ada Rm150++ tu je. Tapi fikirkan nak teman akak aku pergi sana, so aku redah je. Pergi sana naik kereta seharian baru sampai. Apa yang bestnya, aku bukan pergi bandar ye, aku pergi Kampung :) kalau dekat sana, area yang aku pergi tu adalah kawasan bawahan. Aku lalu Yala, and Pattani. (Sory nama kg aku lupa sbb banyak tempat) 

Ceritanya, nak pergi kampung yang betul2 kampung aku kena lalu jalan yang jauh sgt, berliku2 (jln zigzag) gelap sgt. Jalan lereng bukit. Takut tu ada datang juga, tapi aku cuba yakin. Sampai kg tu dah malam dan yang paling rarenya kereta tak boleh masuk kat kawasan rumah yee. Maka kami menapak untuk ke rumah, and paling bertuah time balik masa tu time hujan dan apa lagi Selut everywhere. Aku redah juga walau tak biasa. Naik je rumah semua tengah tunggu kami. Dalam hati aku ucap syukur Alhamdulillah dah sampai dgn selamat!

Pendekkan cerita, aku makan macam2 kat sana. Seriously, pelik2 makanan dekat sana tapi sedap. Semua murah. Aku makan ikan telur (ikan tu cuma ada telur takda tulang lgsg), kerabu meggi, dll. (aku tak ingat) tapi apa yang menarik perhatian aku dekat sini keadaan kampung tu sendiri. MasyaAllah. Aku sendiri rasa terbit satu perasaan mungkin tersentuh. Kebanyakan orang dekat situ semuanya bertudung labuh. MasyaAllah. Diaorg berkain sarung nak pergi sana sini. Aku pelik sikit laa tapi dah kebiasaan diaorg. Tapi apa yang buat aku terpegun bila aku keluar nak beli makanan dekat satu gerai ni,  kebetulan hari tu hari jumaat dan lepas solat jumaat. Ramainya orang dekat situ, tapi mata aku tak lepas pandang pada fenomena dekat situ. Semua kaum adam memakai jubah putih n hitam, lengkap berpakaian spt ahli sufi.  Baik yg tua mahupun yang muda. MasyaAllah. Jarang aku dapat tengok keindahan ni. Seolah2 aku dekat madrasah :) Dalam fikiran aku, terbayang macam diperkampungan 'bunian' yang mana aku tengok dalam tv laa gambaran dia. Semua penduduk pakai baju serba putih, suci dan warak. Syukur Alhamdulillah aku lihat sesuatu yang indah.

Banyak perkara yang membuka mata aku, dimana aku perlu bersyukur dengan apa yang aku miliki. Kehidupannya serba serdahana namun kejiranan yang akrab buat aku rasa indahnya bersatu.  Itulah kampung kat sana, buka tingkap rumah nampak dah rumah sebelah siap boleh berbual takyah bertandang kat rumah. Mesyuarat tingkaplah kononnya. haha. 

Sungguh,  dekat sana aku asyik makan je. Diaorg suka bagi makan. Then specialnya beras tu beras sendiri eh. Tanam, tuai sendiri then makan sendiri. Lain la rasanya, tapi ttp nasi laa hasil akhirnya. :) 
Dalam aku seronok duduk kampung tanpa sesaat pun aku hiraukan handphone aku tu ada juga kejadian yang sikit mengusarkan hati.  Beberapa hari sebelumnya, aku ada pergi mall, Big C dkt pattani. After that, aku dapat tahu lepas berapa hari, kawasan dekat sana kena bom. 4 org askar mati. Syukur aku selamat.  Then, akak aku bagitahu ada satu malam tu dekat kawasan kampung tu ada bunyi tembakan. Tapi takda yang mati, dan tak tahu motif tembakan. Then, sekali lagi waktu pagi ada tembakan lagi waktu akak aku nak pergi beli sarapan.  Terpaksa dia patah balik. Sekali lagi Alhamdulillah takda apa2 yang tak di ingini berlaku.  After seminggu, aku pun berangkat balik Malaysia.  Perjalanan jauh, then tiba satu kawasan cabang tiga ada pula roadblock!

Bila ditanya askar tu ada apa. Dia bagitahu depan sana ada BOM. MasyaAllah! namun kawal diri. Tenang. Dalam 15 minit askar sana dapat matikan bom ditepi jalan tu. Serious ada ok. Memang mendebarkan. Tapi Alhamdulillah. Peluang Allah beri. SubhanaAllah :') akak aku cakap dia dah lali dan tak takut dah bila ada kejadian ni sebab dah biasa. Cekalnya dia. Sepanjang perjalanan ada askar yang jaga. Komando semua. Bersenjata. Demi keselamatan orang2 dkat sana.

Akhirnya aku selamat sampai dekat Malaysia. Yyeayyyyy! Syukur. Aku tak serik datang sana. Aku rasa kalau ada peluang lagi aku nak pergi. Kenal budaya, kenal cara orang sana. Seronok! Aku diberi peluang untuk lihat, untuk alami sendiri keadaan dekat kampung yang jarang aku dapat pergi. Aku berterima kasih pada akak aku. Sikit sebanyak dia bagi aku ruang cari kehidupan ditempat orang. Aku memang pernah tanam impian nak pergi ke tempat yang jauh tanpa ada orang cari aku untuk bagi ruang pada diri, rasa kehidupan yang sebenar2nya. Lebih tepat aku bagi peluang dekat diri untuk damaikan diri. Alhamdulillah. Aku dapat peluang berharga ni, dan aku ingat sampai bila2. Itulah kisah percutian aku :)

#sory takda gambar. Handphone camera pun rosak. Gambarkan je la eh cerita aku :) hihi






No comments:

Post a Comment