DIA FIRDAUS :')






Assalamualaikumm.

Lama dah tak update :') ok, kita straight jee laa ok ? Bismillah. Hari ini aku nak cerita sikit tentang adik bongsu aku. We called him FIRDAUS or lebih manja FIR. Disebabkan aku anak yang second last, maka selalunya akan ada rasa dengki dan iri hati sikit dengan adik yang bongsu. Aku rasa korang pon macam tu jugak kan ? for those yang terberanak giliran yang ke second last lah :) *jangan kau nak kata tak ok! haha. kita manusia biasa tapi kebanyakan daripada kita akan ucap ASTAGHFIRULLAHHALAZIM bila hasad dengki tu betapak dihati. Yelahh, Keluargakan ? buat apa nak dipendam dalam hati.

Ok, pada baru-baru nie, adik aku yakni MOHAMMAD FIRDAUS B. MOHAMMAD NASIR yang berumur 14 tahun telah disahkan mempunyai KETUMBUHAN OTAK. Ya Allah, beratnya ujian mu pada adikku. Ya Allah, kau tabahkanlah hati seorang kakak seperti aku ini :')

Sebelum nie, waktu cuti sem 2 bulan tu, aku duduk dekat rumah je tau. Then sejak tulah adik aku sakit. Tapi the whole family kitaorang ingat tu perkara biasa. Tapi makin teruk dan kerap sakit kepala. Hati kakak dan ibu mana tak sedih dan sebak bila tengok adik macam tu. Dalam waktu tu, aku beria buat LAWAK BODOH ok, LAWAK BODOH tau untuk bagi dea happy bila aku ada dengan dea. Aku pura-pura tak ada masalah dalam hadapi masalah nie. Bila dah makin teruk, dea dapat rawatan dekat hospital. Dea menangis wehh :') Hati aku sebak sangat!

Then tiba masa kita orang dapat tau dea menghidap ketumbuhan tu, kita mula risau. Dea dikejarkan ke HKL (Hospt. Kuala Lumpur), then mumy call aku yang ada dekat melaka nie. "Adik, fir kritikal kalau dea tak buat operation, so doktor decide dea kena operate sekarang :') " *Aku senyap, jantung bedebar-debar sangat :') yang mampu aku cakap ialah YA ALLAH !

Bila aku call adik, dea pesan dekat aku dengan tenangnya. "Nem, awak janganlah menangis, janganlah sedih-sedih" *Aku makin lahh SEDIH WEH :') So, Alhamdulillah, operation pertama berjaya. Dea nampak ok je. Tapi, hari nie yakni hari selasa 26/6/2012. Firdaus kena jalani operation yang kedua. BUANG KETUMBUHAN DI OTAK :') dea call aku time aku dekat kelas. Dea cakap.............. :') *Sebaknya

 Hmmmmmm. Dea cakap, "Nem, adik dah nak operate nie. *sambil nangis, Awak tolong doakan adik tau. Tolonglah, suruh lah kawan-kawan awak doakan adik jugak. Eh ? jangan lupa tau ?" Ya Allah, menangis hati aku masa tu. Dea takut sangat. Then aku bagi kata-kata semangat. "Fir, awak jangan takut tau. Tahanlah sikit, Zikir dalam hati dik, InsyaAllah selamat, then nanti bila awak dah operate nanti, acik janji acik buat TARIAN MADAGASCAR depan awak :') *lawak bodoh lagi kan

Dan, Alhamdulillah. Dea selamat dalam operation kedua petang tadi. SYUKUR ALHAMDULILLAH. Tak henti-henti mulut nie mengucap syukur awak :')
Korang tau tak, aku teringat sesuatu time aku tengah tefikirkan dea. Dulu aku ada gaduh dengan dea, then aku cakap, aku menyesal ada adik macam kau ! tapi, masa dea tidur, airmata nie tak semena-mena mengalir. Then aku cium dahi dea tanda MAAF :') *mulut aku lancang je bila naik angin weh

Last-last, Aku tau aku sangat sayang adik aku. Sayang sangat :') Semoga awak sembuh cepat fir. Acik tak sanggup tengok awak dekat wad icu dan dikelilingi orang-orang yang kritikal ! Ya Allah. Moga doa yang tak pernah putus nie dikabulkan Allah. InsyaAllah :')

 


 Adik saya :') *walau lain rupa, tapi darah yang sama ada di badan kami berdua :')




Hasil operation pertama :')


Finally, aku mohon, sama-sama lah doakan FIRDAUS kembali pulih seperti sediakala dan selamat daripada penyakit yang dihidapinya. Doakanlah dea yaa ? sebab itulah permintaannya :') Jasa baik korang hanya Allah yang mampu membalasnya. TERIMAKASIH. Satu doa, cukup bermakna bagi firdaus. Moga adik cepat sembuh dan tetap tabah menghadapi ujian Allah. InsyaAllah :') Much LOVE <3

5 comments:

  1. Alhamdulillah adik anem masih dipanjangkan umur..nanti kita kawan-kawan baca yassin ramai-ramai ea..supaya die tabah dalam dugaan yang seterusnya...ingatlah, Allah tidak akan menyeksa hambaNya melainkan Dia ingin menghapuskan dosa-dosa...Maha Penyanyang kan Allah tu? :) so, jangan sedih-sedih ye sahabat ...kamu kuat...Fir pon kene kuat! :) ucapkan kat FIR, ANA UHIBBUKI FILLAH...aku sayang kamu kerana Allah...erny selalu ucap itu supaya kita sayang dia betul-betul dari lubuk hati kita :) Lillahi Ta'ala..:)

    ReplyDelete
  2. terima kasih. sangat-sangat terima kasih :') insyaAllah <3

    ReplyDelete
  3. aku yang nak nangis, btw... Allah sentiasa menguji mahluknya yang kuat. adk kau mesti strong person in the world.. insyaallah, adkkau mesti dah boleh gaduh dengan kau semula lepas ni =) take care dear

    ReplyDelete